Friday, April 18, 2014

SPM result T.T





Assalamualaikum and hai. Dah nak hampir sebulan dah result spm keluar. Tapi aku tetap nak cerita jugak.



Nak tahu result aku? Hmmm sangat teruk ok. Aku tak expect pun. Sebab aku expect lebih lagi dari tu. Tapi takpalah. Aku terima dengan hati yang terbuka luas ecehh luas lah sangat hahahaha. Aku dapat 5A je pun. Aku sebenarnya sangat lah terkilan. Aku expect dapat 6 atau 7 A. Takda rezeki kan. lagi pun berbalik pada post aku yang dulu tu aku banyak main. So apa yang aku buat tulah aku dapat.


But i wont give up. Aku tahu selama ni aku cakap je. Buatnya tidak pun. Hmmm. Aku akan buktikan dkt semua orang suatu hari nanti. Aku jugak boleh berjaya. Aku dah nekad nak ubah sikap aku. Aku kurang bertanya. Nak dipendekkan cerita kira aku ni bodoh sombong lah. Hmmmm.




Aku tahu aku memang banyak gila main. So aku dah menyesal skrg. Kira ok lah kan aku dah sedar skrg ni. Sekurang-kurangnya kegagalan aku ni boleh lah dijadikan batu loncatan selepas ini.


And ya. Aku agak terkilan jugak lah. sebab aku tengok ramai dapat pergi interview itu ini. tapi aku? duduk je dekat rumah ahahaha. Result aku nak mohon biasiswa pun tak lepas. Haha. Ada lah biasiswa maybank ni. At least dapat 6a. terus aku buat muka. haha. Ada kos psikologi. Memang aku mcm minat kos tu. Tapi takpalah. huhu. Satu lah aku nak cakap. kalau dpt pergi iv ke apa takyah lah nak share gambar korang dgn team matesss korang. ye aku tahu perasaan seronok dapat pergi iv bagai. tapi kesian lah dkt org yang takda rezeki mcm aku ni tau. hoho.





SEBENARNYA kan aku still blurr tatau apa PASSION aku. Seriously. Nampak tak main main di situ. ahahaha. Aku sebenarnya tak minat bidang yang ada kira kira ni. SUSAH BAQ ANGGG. Hahaha. tapi boleh je sebenarnya kalau kita usaha lebih. mcm kakak aku, addmaths spm dia failed tau. lps tu masa exam diploma dalam subjek maths boleh dpt A. blaja mcm addmaths lah log bagai tu. see? boleh je sbnrnya. skrg ni kakak aku tgh degree dlm bisnes.


So skrg ni tgh tunggu matriks/upu. Aku ada mintak asasi sains fizikal kalau tak silap(berangan je nak amik asasi padahal result hampeh) hehehe. Tapi tak dpt. Aku tatau lah kalau upu/matriks aku tak dapat. Duduk rumah jelah nampaknya cehhh. Tapi aku percaya Allah akan bantu orang yang nak menuntut ilmu ni kan? Kalau rezeki aku dekat matriks, i'll go for it. Kalau upu tu dalam bidang teknologi makanan or sains geomatik je aku pergi.

Entah lah. kadang2 benda yang kita nak tak semestinya dapat. Mana tahu tiba tiba kita dapat kos yang kita tak minat. dan tergerak hati nak amik kos tu. dan suatu hari nanti kita berjaya. siapa tahu kan. Allah dah tentukan. rezeki masing masing. Yang penting kita buat yang terbaik je nanti. Uisssshhhhh rasa tak sabar pulak nak masuk alam universiti *muka excited*.Ihik! (gelak gedik)

Yeah tu jelah kot yang aku nak cerita. Doakan aku ye!Adios. Salam~





2 comments:

  1. "Tapi aku percaya Allah akan bantu orang yang nak menuntut ilmu ni kan?"
    This really touched me, uhuk uhuk ;'( Thank you sedarkan aku. Hihi

    ReplyDelete